Kali ini, rezeki teman tiba-tiba muncul tanpa diduga apabila seorang sahabat yang tinggal di Kota Baharu telah menghadiahkan benih tut pokok tin variasi LSU Purple. Parcel yang berisi anak benih tut telah diterima dengan selamat melalui penghantaran poslaju pada 14hb Julai 2016. Pengeposan telah dilakukan pada 12hb Julai 2016.
Tut #06 : Semaian Anak Pokok Tin
Hasil Tut melalui kaedah yang dicatatkan dalam posting Tut#06
sebelum ini adalah seperti dalam gambar di bawah. Pemotongan telah
dibuat pada 13hb Julai 2016 iaitu selepas 13 hari dari proses pengetutan
dibuat.
Tut #05 : Semaian Anak Pokok Tin
Hasil Tut melalui kaedah yang dicatatkan dalam posting Tut#05
sebelum ini adalah seperti dalam gambar di bawah. Pemotongan telah
dibuat pada 13hb Julai 2016 iaitu selepas 17 hari dari proses pengetutan
dibuat.
Tut #04 : Semaian Anak Pokok Tin
Hasil Tut melalui kaedah yang dicatatkan dalam posting Tut#04
sebelum ini adalah seperti dalam gambar di bawah. Pemotongan telah
dibuat pada 13hb Julai 2016 iaitu selepas 20 hari dari proses pengetutan
dibuat.
Tut #03: Semaian Anak Pokok Tin
Hasil Tut melalui kaedah yang dicatatkan dalam posting Tut#03 sebelum ini adalah seperti dalam gambar di bawah. Pemotongan telah dibuat pada 13hb Julai 2016 iaitu selepas 21 hari dari proses pengetutan dibuat.
Tut #06: Teknik Air Layering Pokok Tin
Tut pokok Tin atau air layering kali ini adalah pengulangan kaedah mengetut menggunakan Media Tut readymade dan sebatian penggalak akar. Cuma perbezaan tambahan yang telah teman lakukan ialah rendaman Media Tut telah dicampurkan dengan bawang merah sebagai penggalak akar.
Teknik Membuat Semburan Pemusnah Makhluk Perosak Organik
Makhluk perosak kepada pokok Tin adalah perkara lumrah dan sekiranya kita menjumpai serangga perosak tersebut dan gagal untuk segera menghapukannya, ianya dikhuatiri akan mengakibatkan kerosakan serta mengundang masalah yang lebih serius.
Tut #05: Bahan Organik Sebagai Agen Penggalak Akar
Petua baru ini telah dikongsikan oleh seorang rakan penanam pokok Tin melalui facebook. Ianya telah dilakukan oleh sahabat dari MyBackgard.fig dan dikatakan sudah lihat pengakaran hasil tutnya yang sangat menggalakkan.
Adakah Semut Boleh Merosakkan Pokok atau Buah Tin?
Setelah membelek-belek buah Tin yang baru berputik sedikit masa dulu, teman menyedari bahawa ada terdapat barisan semut yang berulang-alik silih berganti mengunjungi salah satu buah Tin yang masih menghijau.
Tut #04 : Menggunakan Root Booster dan Media Tut Readymade
Ini adalah catatan proses mengetut teman yang #04 dan kaedahnya lebih kurang sama dengan Tut #03 sebelum ini, uma lokasi dan saiz batang pokok Tin ini lebih besar sedikit. Dalam pos ini juga, teman akan kongsikan gambar-gambar yang lebih detail supaya mudah untuk difahami.
Peralatan Mengetut Pokok Tin #02
Proses Mengetut atau Marcotting yang teman buat seterusnya adalah merupakan persediaan yang melibatkan bahan-bahan tambahan berbanding dengan sebelum ini yang menekankan faktor penjimatan dan kitar semula. Namun kos-kos untuk mendapatkan bahan-bahan tambahan kali ini sebenarnya adalah sangat minimum (sekitar belasan ringgit sahqja).
Tut #03: Menggunakan Media Tut Readymade
Kerja-kerja mengetut atau membiakkan anak pokok adalah dianggap sebagai rutin biasa dalam diari setiap penanam dan penggemar Pokok Tin. Jika keterujaan menengok anak-anak pokok Tin ini membesar dengan subur dan menghasilkan buah boleh berikan kepuasan yang tak tergambar, apatah lagi kalau kita dapat merasai kemanisan buahnya.
Proses Pemindahan Anak pokok Tin
Anak Pokok Tin yang semakin membesar perlu dipindahkan ke bekas plastik atau pasu yang lebih besar saisnya. Ini adalah bertujuan untuk membantu kerja-kerja penjagaan di masa akan datang dapat dilakukan dengan baik serta memastikan agar proses tumbesaran pokok dapat dicapai pada tahap optimum.
Perkembangan Tut#02: Penanaman hasil Tut Pokok Tin
Setelah melakukan proses pengetutan Tut #02 dan membiarkan pokok Tin yang telah
ditut selama kira-kira sebulan, Teman dapati akar pokok sudah dilihat
mula memenuhi sebahagian besar pelastik pembungkus tut. Dalam posting kali, ini Teman akan tunjukkan peroses pengalihan Pokok Tin ke dalam bekas polybag.
Tut #02: Cara Mengetut Pokok Tin Paling Jimat
Setelah mendapat pengalaman pertama mengetut Pokok Tin cara bajet dan secara cuba-cuba, Teman sudah nampak satu lagi potensi untuk membuat pengetutan pada pokok induk yang sama.
Peralatan Mengetut Pokok Tin #01
Proses Tut atau Marcott (dalam bahasa Inggeris) boleh dilakukan menggunakan peralatan-peralatan yang ringkas dan senang diperolehi. Teman cuma selongkar-selongkar peralatan dalam setor rumah dan semuanya sudah tersedia. Cuma mana yang sudah habis perlulah dibeli.
Pokok Induk Tin Sudah Mula Berbuah
Alhamdulillah. Sebagaimana yang dikongsikan dalam posting sebelum ini, apabila teman sekeluarga pulang dari bercuti selama lebih kurang dua minggu semasa musim cuti sekolah pertama, pokok Tin teman sudah mula berputik mengeluarkan buah.
Tut #01: Kaedah Pembiakkan Pokok Tin Paling Bajet
Antara kaedah pembiakan yang paling popular bagi membiakkan pokok tin adalah melalui kaedah Tut. Dalam posting ini, teman ingin berkongsi pengalaman pertama mengetut pokok tin dan melihat perkembangannya selepas beberapa minggu.
Subscribe to:
Posts (Atom)