Assalamualaikum dan terima kasih kerana meluangkan masa untuk membelek Catatan Diari Pokok Tin Teman.
Teman adalah anak kelahiran Teluk Intan, Perak yang menetap di Johor Bahru. Mula menjinakkan diri dengan penjagaan pokok tin kerana suka-suka setelah mendapat hadiah pokok Tin pertama jenis TGF daripada seseorang dari Kuala Lumpur.
Seterusnya menjadikan penanaman serta pembiakan pokok Tin sebagai hobi untuk mengisi masa lapang. Lama kelamaan teman mendapati bahawa penanaman pokok Tin ini adalah sangat menarik dan boleh memberikan kepuasan tersendiri. Aktiviti perkebunan pokok Tin ini sudah djadikan sebagai aktiviti riadah tambahan yang lebih produktif dan memberikan kepuasan.
Teman mula membuat catatan diari maya melalui blog ini bagi memudahkan diri teman sendiri meneliti perkembangan pokok-pokok Tin dibawah jagaan teman serta sebagai panduan bagi memperbaiki teknik serta kaedah penjagaan serta pembiakkan yang lebih berkesan. Di samping itu, catatan-catatan ini diharapkan agar dapat dijadikan maklumat serta panduan yang bermanfaat oleh penggemar buah dan Pokok Tin di luar sana.
Kebanyakkan posting-posting yang teman paparkan adalah berbentuk catatan peribadi berkenaan aktiviti-aktiviti penjagaan Pokok Tin, perkongsian pengalaman, tip-tip serta maklumat yang berguna.
Teknik-teknik serta kaedah tersebut telah dan sentiasa teman pelajari daripada rakan-rakan serta kenalan yang mempunyai pengalaman yang luas berkenaan pokok Tin. Ilmu yang teman perolehi akan dipraktikkan terlebih dahulu sebelum membuat sebarang catatan di sini.
Namun haruslah diingat bahawa kaedah serta teknik yang teman gunakan tidak semestinya yang terbaik. Ianya hanyalah merupakan salah satu daripada teknik-teknik serta kaedah yang telah berjaya membuahkan hasil. Wallahua'lam.
Terima kasih sekali lagi diucapkan kerana sudi membelek-belek catatan teman ini. Sebarang saranan serta teguran membina sangatlah dialu-alukan.
Terima kasih dan Assalamualaikum.
Abg Mus, Johor Bahru.
Abg Mus, Johor Bahru.