Ini adalah catatan proses mengetut teman yang #04 dan kaedahnya lebih kurang sama dengan Tut #03 sebelum ini, uma lokasi dan saiz batang pokok Tin ini lebih besar sedikit. Dalam pos ini juga, teman akan kongsikan gambar-gambar yang lebih detail supaya mudah untuk difahami.
Langkah-langkah yang telah teman lakukan ialah:-
- Rendamkan sekeping Media Tut readymade kedalam air biasa selama lebih kurang 10-15 minit.
- Sementara untuk menunggu Media Tut mengembang, Buat pemotongan pada dahan dan kupaskan kulit pokok sebesar kira-kira 1cm.
- Sapukan Serbuk Penggalak Akar yang telah di campuran dengan air pada
bahagian pokok yang telah dipotong. Semasa proses ini, teman telah gunakan sudu/berus kecil yang dibuat sendiri menggunakan plastik dan buluh kecil.
- Ambil Media Tut yang sudah mengembang dan perah perlahan-lahan untuk mengeluarkan air yang berlebihan.
- Belah Media Tut yang sudah mengembang hingga ke bahagian tengah.
- Ikat plastik pembungkus pada dahan yang hendak ditut menggunakan cable tie.
- Lekapkan Media Tut di tempat yang telah dipotong tadi.
- Bungkus Media Tut yang telah di lekapkan pada pokok Tin dengan kemas
dan potong lebihan plastik pembunkus dan cable tie dengan cermat
menggunakan gunting.
|
Media Tut setelah direndam |
|
Bahagian Tut yang telah tanggalkan kulitnya |
|
Sapukan penggalak akar pada bahagian kulit |
|
Lekapkan Media Tut pada pokok |
|
Tut yang telah siap |
Catatan: -
- Jenis Pokok Tin : TGF
- Saiz dahan : +- 1.2 cm
- Tarikh Tut : 24/6/2016
No comments:
Post a Comment