Penanaman Anak Pokok LSU Purple

Kali ini, rezeki teman tiba-tiba muncul tanpa diduga apabila seorang sahabat yang tinggal di Kota Baharu telah menghadiahkan benih tut pokok tin variasi LSU Purple. Parcel yang berisi anak benih tut telah diterima dengan selamat melalui penghantaran poslaju pada 14hb Julai 2016. Pengeposan telah dilakukan pada 12hb Julai 2016.

Keadaan anak pokok tin adalah dalam keadaan baik kerana pembungkusannya telah dilakukan dengan sangat cermat, sangat teliti dan kukuh. Namun media tut dalam keadaan kering setelah melalui perjalanan yang jauh selama 2 hari dari Kota baharu ke Johor Baharu.

Anak Pokok Tin Variasi LSU Purple
Keadaan Pokok setelah dikeluarkan dari Parcel
Ini tidak begitu merisaukan kerana, pokok tin variasi LSU Purple ini adalah agak kuat apabila menghadapi keadaan kekurangan air dan boleh pulih dengan cepat.

Sebaik sahaja membuka bungkusan, anak benih tut tersebut terus dimasukkan ke polybag semaian. Medium semaian yang digunakan mengandungi campuran : 
  • Tanah Kompos buatan sendiri
  • Campuran tanah hitam dan tanah merah
  • Campuran rumput dan daun buluh kering.
  • Campuran Baja Organik
Penanaman Pokok Tin
Keadaan pokok setelah disemai masih keletihan.
Keadaan daun pokok kelihatan sedikit layu dan memerlukan rehat dan bekalan air yang mencukupi. Seterusnya teman telah masukkan ke dalam 'sungkupan khas' yang dibuat menggunakan PVC pipe dan plastik 'wrapper' yang selalu digunakan untuk membungkus parcel atau kotak.

Sungkupan Pokok Tin
Sungkupan Anak Pokok Tin
Sungkupan ini berfungsi seperti incubator yang boleh membantu menstabilkan suhu serta persekiataran yang merangsang pemulihan pokok. Pada keesokkan harinya, daun-daun sudah keliahatan menyegar kembali dan anak pokok ini teman biarkan berada dalam sungkupan untuk beberapa hari lagi bagi memudahkan penjagaan.

Catatan :
  • Variasi Pokok : LSU Purple
  • Ketinggian :13"
  • Hasil semaian : Tut dari KB
  • Tarikh semaian : 14hb Julai 2016

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...