Makhluk perosak kepada pokok Tin adalah perkara lumrah dan sekiranya kita menjumpai serangga perosak tersebut dan gagal untuk segera menghapukannya, ianya dikhuatiri akan mengakibatkan kerosakan serta mengundang masalah yang lebih serius.
Terdapat berbagai jenis makhluk perosak yang berpotensi untuk menyerang pokok tin seperti Koya (Mealybug), Lalat Putih (Whitefly), Lava Lalat Putih (Whitefly Larvae), Lalat Penebuk Daun (Leaf Borer), Kumbang Daun (Flee Beatle).
Bagi mengatasi masalah serangan serangga tersebut, teman sarankan agar kita gunakan semburan organik buatan sendiri dan elakkan penggunaan racun yang boleh merosakkan alam sekitar. Ada juga sesetengah racun serangga perosak yang merbahaya terhadap kanak-kanak serta haiwan peliharaan sekiranya tidak digunakan dengan betul.
Bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat semburan makhluk perosak organik yang mesra alam ialah:-
- Cecair Pencuci Pinggan
- Minyak Masak
- Air
- Botol Penyembur terpakai
Cara-cara membuat penyembur anti serangga perosak:-
- Masukkan air ke dalam botol penyembur,
- Campurkan 1/2 sudu teh cecair pencuci pinggan,
- Campurkan 1/4 sudu teh minyak masak dan
- Goncang botol sehingga campuran menjadi sebati.
Sebelum semburan keatas serangga |
Kesan terhadap serangga selepas semburan |
No comments:
Post a Comment