Tut #01: Kaedah Pembiakkan Pokok Tin Paling Bajet

Antara kaedah pembiakan yang paling popular bagi membiakkan pokok tin adalah melalui kaedah Tut. Dalam posting ini, teman ingin berkongsi pengalaman pertama mengetut pokok tin dan melihat perkembangannya selepas beberapa minggu.

Kaedah pengetutan yang teman gunakan telah dipelajari melalui seorang sahabat dan sempat juga membuat beberapa rujukan di blog dan laman-laman web serta melihat di You tube. Memang ada banyak kaedah yang ada di kongsikan dan pilih sahaja mana-mana yang bersesuaian dengan bajet masing-masing.

Kardah Mengetut Pokok Tin
Bahagian yang telah ditut setelah beberapa minggu

Setelah mengambil peralatan-peralatan mengetut Pokok Tin #01 yang diperlukan, teman cuba kenal pasti dahan-dahan yang sesuai untuk ditut. Kali ini teman guna kaedah yang paling simple dengan potong sekeliling batang/dahan pokok dan masukkan gumpalan tanah dan bungkus dengan plastik. Selesai Alhamdulillah.

Penanaman Pokok in
Anak pokok Tin yang telah pindahkan dari pokok Induk
Anak pokok Ini berusia kira-kira sebulan setelah peroses pengetutan dilakukan. Setelah memotong anak pokok tut, teman tanam anak pokok tersebut didalam bekas plastik beras yang dilubangkan sekelilingnya dan masukkan tanah campuran kompos campuran bahan-bahan organik buatan sendiri. Kemudian, di bahagian atasnya diletakkan ricihan daun dan batang pokok buluh yang teman tanam di sekeliling rumah. Ini adalah untuk melindungi bahagian atas tanah.

Pembiakkan Pokok Tin
Anak Pokok Tin setelah beberapa minggu

Alhamdulillah, setelah tiga bulan daripada tempoh pemindahan pokok induk dari Kuala Lumpur, kini keadaan pokok sudah mulai segar dan sihat. Kini anak tut yang kedua sudah dilakukan terhadap pokok induk ini.
Penanaman Pokok Tin
Anak Pokok Tin bersebelahan Pokok Induk
Kali ini hati teman terasa macam berbunga sebab sekembalinya kami dari percutian keluarga, kelihatan buah Tin mula berputik pada pokok induk. Rupanya Pokok Tin tidak mengeluarkan bunga untuk berbuah. Nak tau, sila baca posting Teman dalam Pokok Induk Tin Sudah Mula Berbuah.

Catatan:
  • Jenis Pokok : TGF
  • Ketinggian : 1'4"
  • Hasil Semaian : Tut #01
  • Tarikh tut : 10/5/2016
  • Tarikh pemindahan : 28/5/2016
Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...