Tut #04 : Menggunakan Root Booster dan Media Tut Readymade

Ini adalah catatan proses mengetut teman yang #04 dan kaedahnya lebih kurang sama dengan Tut #03 sebelum ini, uma lokasi dan saiz batang pokok Tin ini lebih besar sedikit. Dalam pos ini juga, teman akan kongsikan gambar-gambar yang lebih detail supaya mudah untuk difahami.

Bahan-bahan dan peralatan-peralatan yang teman gunakan adalah seperti dalam senarai posting bertajuk Peralatan Mengetut Buah Tin #02.

Langkah-langkah yang telah teman lakukan ialah:-
  1. Rendamkan sekeping Media Tut readymade kedalam air biasa selama lebih kurang 10-15 minit.
  2. Sementara untuk menunggu Media Tut mengembang, Buat pemotongan pada dahan dan kupaskan kulit pokok sebesar kira-kira 1cm.
  3. Sapukan Serbuk Penggalak Akar yang telah di campuran dengan air pada bahagian pokok yang telah dipotong. Semasa proses ini, teman telah gunakan sudu/berus kecil yang dibuat sendiri menggunakan plastik dan buluh kecil.
  4. Ambil Media Tut yang sudah mengembang dan perah perlahan-lahan untuk mengeluarkan air yang berlebihan.
  5. Belah Media Tut yang sudah mengembang hingga ke bahagian tengah.
  6. Ikat plastik pembungkus pada dahan yang hendak ditut menggunakan cable tie.
  7. Lekapkan Media Tut di tempat yang telah dipotong tadi.
  8. Bungkus Media Tut yang telah di lekapkan pada pokok Tin dengan kemas dan potong lebihan plastik pembunkus dan cable tie dengan cermat menggunakan gunting.
Media Tut Pokok Tin
Media Tut setelah direndam
Proses pengetutan Pokok Tin
Bahagian Tut yang telah tanggalkan kulitnya
Kaedah Pengetutan Pokok Tin
Sapukan penggalak akar pada bahagian kulit
Kaedah Mengetut Pokok Tin
Lekapkan Media Tut pada pokok
Teknik Mengetut Pokok Tin
Tut yang telah siap
Catatan: -
  • Jenis Pokok Tin : TGF
  • Saiz dahan : +- 1.2 cm 
  • Tarikh Tut :  24/6/2016

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...