Proses Pemindahan Anak pokok Tin

Anak Pokok Tin yang semakin membesar perlu dipindahkan ke bekas plastik atau pasu yang lebih besar saisnya. Ini adalah bertujuan untuk membantu kerja-kerja penjagaan di masa akan datang dapat dilakukan dengan baik serta memastikan agar proses tumbesaran pokok dapat dicapai pada tahap optimum.
Pemindahan Pokok Tin
Anak Pokok Tin yang baru dikeluarkan daripada bekas plastik
Langkah-langkah yang perlu dilakukan sehingga proses penanaman selesai ialah seperti berikut:-
  • Ambil Polybag dan potong kedua-dua bucu dibahagian bawahnya menggunakan gunting. Ini adalah bertujuan  untuk membolehkan pengaliran keluar air yang lebih effisyen. Teman juga ada menggunting lebih banyak lubang pada beberapa sisi Polybag sebagai saliran air keluar tambahan.
  • Kemudian isikan Polybag dengan campuran tanah biasa dan kompos pada jumlah yang sesuai.
  • Keluarkan anak pokok dari bekas plastik yang asal dengan memotong plastik tersebut sepenuhnya. Proses ini perlu dilakukan dengan berhati-hati agar tidak merosakkan akar pokok serta daunnya.

  • Masukkan pokok dan tanah yang telah dikeluarkan tadi kedalam bekas Polybag yang berisi tanah tadi.
  • Isikan tanah disekeliling ruang yang kosong di dalam bekas Polybag sehingga memenuhi ruang. Goyangkan bekas bagi membantu tanah memasuki segenap ruang. Teman juga ambil kesempatan ini untuk memasukkan baja organik pada layer bahagian tengah agar akar pokok dapat menyerap nutrisi di bahagian berkenaan.
  • Tutup bahagian atas tanah dengan dedaun kering untuk melindungi tanah di bahagian atas.
Penanaman Pokok Tin
Proses pemindahan selesai
Alhamdulillah, kerja-kerja penanaman anak pokok Tin ini dapat disiapkan dengan lancar. Semoga membesar dengan baik.

Catatan:
  • Jenis Pokok : TGF
  • Ketinggian : 1'6"
  • Hasil Semaian : Tut #01
  • Tarikh pemindahan : 22/6/2016
Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...