Tut #05: Bahan Organik Sebagai Agen Penggalak Akar

Petua baru ini telah dikongsikan oleh seorang rakan penanam pokok Tin melalui facebook. Ianya telah dilakukan oleh sahabat dari MyBackgard.fig dan dikatakan sudah lihat pengakaran hasil tutnya yang sangat menggalakkan.

Bahan Organik yang dimaksudkan ialah Bawang Merah. Melihat kepada hasilnya, teman terus teruja untuk mencuba kaedah ini terutamanya apabila ianya dapat membantu kepada penjimatan kos serta menggunakan bahan-bahan organik yang selamat dan mesra alam.

Bahan-bahan yang digunakan untuk proses pengetutan kali ini ialah seperti berikut:-
  • Bawang Merah
  • Media Tut Readymade
  • Pelastik Pembungkus
  • Gunting
  • Pisau
  • Cable Tie
Langkah-langkah yang dilakukan adalah seperti biasa cuma gantikan penggunaan sebatian penggalak akar dengan bawang merah yang telah dipotong dua. Langkah-langkah tersebut teman ilustrasikan melalui gambar-gambar seperti dibawah.

Peralatan Tut Pokok Tin
Peralatan Tut
Persediaan Tut Pokok Tin
Keratan dan torehan pada bahagian atas tut
Kaedah Mengetut Pokok Tin
Sapu keratan bawang merah pada kulit pokok
Pengetutan Pokok Tin
Tampalan Media Tut pada pokok
Teknik Mengetut Pokok Tin
Kemaskan bungkusan plastik
Tut Pokok Tin
Pokok Tin yang telah ditut.
Catatan: -
  • Jenis Poko Tin : TGF
  • Saiz dahan : +- 0.8cm 
  • Tarikh Tut :  27/6/2016
Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...