Teknik Membuat Semburan Pemusnah Makhluk Perosak Organik

Makhluk perosak kepada pokok Tin adalah perkara lumrah dan sekiranya kita menjumpai serangga perosak tersebut dan gagal untuk segera menghapukannya, ianya dikhuatiri akan mengakibatkan kerosakan serta mengundang masalah yang lebih serius.

Terdapat berbagai jenis makhluk perosak yang berpotensi untuk menyerang pokok tin seperti Koya (Mealybug), Lalat Putih (Whitefly), Lava Lalat Putih (Whitefly Larvae), Lalat Penebuk Daun (Leaf Borer), Kumbang Daun (Flee Beatle).

Bagi mengatasi masalah serangan serangga tersebut, teman sarankan agar kita gunakan semburan organik buatan sendiri dan elakkan penggunaan racun yang boleh merosakkan alam sekitar. Ada juga sesetengah racun serangga perosak yang merbahaya terhadap kanak-kanak serta haiwan peliharaan sekiranya tidak digunakan dengan betul.

Semburan Makhluk Perosak
Semburan organik buatan sendiri
Bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat semburan makhluk perosak organik yang mesra alam ialah:-
  • Cecair Pencuci Pinggan
  • Minyak Masak
  • Air
  • Botol Penyembur terpakai
Cara-cara membuat penyembur anti serangga perosak:-
  • Masukkan air ke dalam botol penyembur,
  • Campurkan 1/2 sudu teh cecair pencuci pinggan,
  • Campurkan 1/4 sudu teh minyak masak dan
  • Goncang botol sehingga campuran menjadi sebati.
Serangga Perosak
Sebelum semburan keatas serangga
Serangga perosak
Kesan terhadap serangga selepas semburan
Semburkan campran larutan yang dihasilkan terus ke atas makhluk perosak. Campuran organik ini sesuai digunakan untuk menghapuskan serangga-serangga perosak seperti koya, lalat putih, lalat penebuk daun dan lain-lain. In shaa Allah.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...