Tut #03: Menggunakan Media Tut Readymade

Kerja-kerja mengetut atau membiakkan anak pokok adalah dianggap sebagai rutin biasa dalam diari setiap penanam dan penggemar Pokok Tin. Jika keterujaan menengok anak-anak pokok Tin ini membesar dengan subur dan menghasilkan buah boleh berikan kepuasan yang tak tergambar, apatah lagi kalau kita dapat merasai kemanisan buahnya.

Kali ini teman ingin akan berkongsi kaedah mengetut yang lebih ringkas iaitu menggunakan Media Tut redymade yang boleh dibeli dari mana-mana nurseri.

Bahan-bahan dan peralatan-peralatan yang teman gunakan adalah seperti dalam senarai posting bertajuk Peralatan Mengetut Buah Tin #02.

Langkah-langkah yang telah teman lakukan ialah:-
  1. Rendamkan sekeping Media Tut kedalam air selama lebih kurang 15 minit
  2. Buat pemotongan pada dahan dan kupaskan kulit pokok sebesar 1cm.
  3. Sapukan Serbuk Penggalak Akar yang telah di campuran dengan air pada bahagian pokok yang telah dipotong. Memadai hanya menyapu pada bahagian atas kerana akar akan tumbuh dari bahagian bawah kulit yang telah dipotong.
  4. Ambil Media Tut yang sudah mengembang dan perah perlahan-lahan untuk mengeluarkan air yang berlebihan.
  5. Belah Media Tut yang sudah mengembang hingga ke bahagian tengah.
  6. Ikat plastik pembungkus pada dahan yang hendak ditut menggunakan cable tie.
  7. Lekapkan Media Tut di tempat yang telah dipotong tadi.
  8. Bungkus Media Tut yang telah di lekapkan pada pokok Tin dengan kemas dan potong lebihan plastik pembunkus dan cable tie dengan cermat menggunakan gunting.
Media Tut Pokok Tin
Saiz Media Tut sebelum direndam
Media Tut
Media Tut dalam rendaman
Kaedah Pengetutan Pokok Tin
Media Tut yang sudah kembang setelah direndam
Proses Pengetutan Pokok Tin
Kawasan yang ditut
Proses Pengetutan Pokok Tin
Penggalak akar disapukan pada tut
Proses Pengetutan Pokok Tin
Plastik pembungkus diikatkan pada pokok Tin
Tut Pokok Tin
Dahan pokok Tin yang telah ditut
Alhamdulillah dah siap dengan kerja-kerja mengetut. Sais tut ini adalah agak kecil sedikit dari sais pengetutan yang sebelum ini. Namun kebaikan menggunakan Media Tut ini ialah saisnya yang kecil dan ringan. Ianya tidak membebankan batang pokok Tin yang telah ditut. Sementara itu, teman kena tunggu 2-3 minggu untuk lihat hasilnya. Allahumma Yassir.

Catatan: -
  • Jenis Poko Tin : TGF
  • Saiz dahan : +- 0.8cm 
  • Tarikh Tut :  23/6/2016
Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...