Peralatan Mengetut Pokok Tin #02

Proses Mengetut atau Marcotting yang teman buat seterusnya adalah merupakan persediaan yang melibatkan bahan-bahan tambahan berbanding dengan sebelum ini yang menekankan faktor penjimatan dan kitar semula. Namun kos-kos untuk mendapatkan bahan-bahan tambahan kali ini sebenarnya adalah sangat minimum (sekitar belasan ringgit sahqja).

Peralatan Mengetut Pokok Tin
Kelengkapan Mengetut
Kelengkapan Mengetut Pokok Tin
Bekas Rendaman
Bahan-bahan dan peralatan-peralatan yang teman gunakan adalah seperti berikut:-
  • Serbuk Penggalak Akar : Boleh disapukan pada potongan kulit bahagian atas kawasan yang telah dipotong. Sapuan hanya perlu dilakukan pada bahagian yang akan menumbuhkan akar. Ada terdapat banyak jenis penggalak akar yang boleh diperolehi dari nurseri berhampiran. Pilih sahaja mana-mana yang diminati dan sesuai dengan bajet serta keperluan kita.
  • Media Tut readymade : Digunakan untuk menggantikan campuran tanah, sabut dan bahan-bahan lain. Saiz Media Tut ini adalah besar sedikit dari duit syiling 50 sen versi lama.
  • Plastik pembungkus : Plastik pembungkus boleh diambil dari mana-mana jenis plastik pembungkus di dapur.
  • Gunting : Digunakan untuk menggunting plastik dan cable tie.
  • Pisau : Sediakan pisau yang bersih, tajam dan bersaiz kecil untuk memudahkan kerja-kerja pemotongan kulit pokok.
  • Cable Tie : Hanya 2 cable tie yang bersaiz kecil untuk digunakan sebagai pengikat pada bahagian atas dan bawah  plastik pembungkus tut.
  • Tong Kecil : Digunakan sebagai bekas rendaman Media Tut.
Kelebihan menggunakan Media Tut readymade ini adalah :-
  • Menjimatkan masa kerana tidak perlu membuat persediaan mencampur bahan-bahan media Tut yang diperlukan. Kita hanya perlu rendam Media Tut readymade tersebut dan tinggalkannya seketika sambil meneruskan kerja-kerja lain.
  • Tidak perlu mengotorkan tangan dan pakaian.
  • Hasil tut yang bersais kecil dan sangat ringan.
Dalam proses mengetut kali ini, teman hanya menggunakan Hormon Penggalak Akar berjenama biasa yang senang diperolehi dalam pasaran. Terdapat hormon penggalak akar yang biasa digunakan seperti SERADIX. Sebagai maklumat tambahan, SERADIX mempunyai tiga jenis iaitu SERADIX 1 (untuk kayu lembut), SERADIX 2 (untuk kayu sederhana keras) dan SERADIX 3 (untuk kayu keras) boleh digunakan mengikut kesesuaiannya.

Dalam kerja-kerja pengetutan Pokok Tin akan datang, teman akan menggunakan bahan penggalak akar yang boleh didapati dari mana-mana dapur rumah masyarakat kita dan mungkin lebih berkesan. In shaa Allah.
Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...